Jumat, 31 Desember 2010

FADHILAT AL-QURAN




 FADHILAT AL-QURAN


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"
Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w.  bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."
Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."
Nabi Muhammad s.a.w.  bersabda yang bermaksud:
"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."
Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:
"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."
Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat  Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."

1 komentar:

  1. salam tuan blog...jika ingin menulis dan menukilkan sebarang hadis dari Rasulullah s.a.w. pastikan ada note dari mana dan siapa perawi hadis itu kerana banyak hadis yg tuan sampaikan diatas tidak terdapat dalam kitab2 hadis muktabar..

    BalasHapus